Tuesday, December 15, 2009

hadiah hari jadi aku!!!

Dah lama rasanya aku x mengupdate blog aku ni...minggu lepas seperti yang diketahui umum kan...(hehehe) cam org penting lak..10/12/2009 kan besday aku..aku nk share ngan korang hadiah apa yang aku dapat masa tu....hahaha..taraaaaaaaaaaaaa...aku dapat penyakit la...aku kena jangkitan sakit mata..teruk woi!! ni semua penangan anak2 buah aku yang bagus2 belaka...sebelum ni aku duk gelakkan diaorng coz kena sakit mata..last2 aku yang terkena...adoi..dah la esoknyer aku nak balik kg nak g kenduri umah sedara aku...x pasai2 kena pakai cermin mata hitam kang org kgkata aku belagak la palak, potong bawang pun pakai cermin mata hitam la plak...hehehe...tapi dalam sakit2 tu aku tetap bawak mak abah aku g makan2 lg tau...laki aku kata ubat mata dan bil klinik tu la hadiah dia pada aku....kui3...hampeh tul kan...kedekut...tp kan..sebenarnya ada niat jahat gak la..tp Tuhan tu kan berkuasa...aku plan nk mc jer semalam, jenuh jaga mata bior kaler merah jer...sanggup x letak ubat ubat tu...last2 bangun tido..clear jer mata...adoi...tension...

p/s:-Tuhan tu maha kuasa...hehehe.....

Wednesday, December 9, 2009

Untukmu Ibu...

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh!
Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik,
yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak
menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah
dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba
la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak
dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus
membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.
Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan
rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa
dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang
kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua
tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar
namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di
kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan
hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan
pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah,
rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan.“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu,jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar
tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah takrasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibumenyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suarayang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu.
Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah.Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada
bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan,
namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM,kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf.
Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap
dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu.Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya
mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?”Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak
bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak
kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik,
ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih.Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui
kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan.
Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along.Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia
membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz
meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”,
soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah,aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang
ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”,soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along
hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata
adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar.
Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu.Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab,pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan,
pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari
pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa
agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain. Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya
menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan.
Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak.Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan
perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak
serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum
pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir.Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang
Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri
baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu,saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe.Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe.Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik
abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam,mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau
lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok,
lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah niRiz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”,
pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan,minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni bu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu
dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang
berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari
kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya tu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat
dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang ering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta maafan.Terimalah
maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu,Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih
dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. benarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak
mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.
p/s:-so, korang klu ada anak jangan nak marah or pukul sesuke ati yerk...pikir dulu..anak ni amanah Allah...(ceh..aku pn kadang2 berangin gak)he~

Tuesday, December 8, 2009

buku aku....


aku sebenarnya dah kekeringan idea dah x tau story aper aku nak citer...last week Alaf21 kan ada buat pesta buku...aku x pegi pun coz aku xder masa...so aku prepare awal2 kirim kat member aku...x banyak pun beli...lari bajet kang..aku klu g shopping buku ni cam shopping baju...hehehe beratus boleh habis...
skrg aku tgh pening mana aku nk simpan buku aku yang banyak ni...hehehe...
murah giler ko...30%..boleh jimat giler2...

P/S: happy besday maklang!!!dah tua dah kan...hehehe

Friday, December 4, 2009

Y.E.S +_+ year end sales




ha..2010 bakal menjelma...biasa la hujung2 tahun ni banyak la sales nyer...diut jer yang x sales..adoi..semalam jer "che NAB" aku dah masuk sepital..nak kena operate jantung lak tu...banyak lak kos nyer..meleleh air liur aku dengar kos nyer...
untuk korang2 yang banyak duit boleh la luangkan masa pegi yer..tp aku galakkkan korang g jvc sales dulu la..support company aku ni...untung2 aku bolah dapat bonus lebih sikit ker kan..(kalau ada la..)hehehehe...

Tuesday, December 1, 2009

balik kampung.....episode 2

Ok..hari ni aku nak continue story pasal balik kg yerk..nak dijadikan citer..kg aku skrg bukan jer musim doyan n rambutan jer tau...ada lg 1 lg musim yg x terdapat kat umah org lain...hehehe..

jeng..jeng..jeng..musim anggur..hahaha..ni lagi 1 hasil tanaman mak aku..banyak giler woo..buah dia..bl duduk bawah pokok tu..fullamak....rasa macam duduk kat "obersea" la plak...menjadi giler buahnyer...siap ada yang boleh tuai plak tu...apa lagi...aku pun menjakunkan diri aku la...buah mula2 mmg berebut ckt...hahaha...

ha..ni lah dia hasil2 nya...ni betul2 tau bukan tipu...kalau x caya jom ikut g umah aku...hahaha...
masa muda2 dia warna hijau...bl dah masak kaler purple gelap tu ha...sebijik cam jual2 kat supermarket tu...hehehe...dah lama mak aku tanam anggur ni...dah makan tahun gak la...asalnyer mak aku kata mak aku warning pokok ni..klu x buah gak mak aku nak tebang..last2 kuar la buah dia...hehehe..cam org plak pokok ni paham cakap tuan...hehehe...tp rasanyer kurang la ckt...tp xper..sekurang2nyer...jimat duit xyah beli anggur kan...hehehe


Monday, November 30, 2009

balik kampung.....episode 1

Khamis (26.11.2009)- Sehari sebelum raya...masa ni mak aku la yang paling busy giler(mulut n tangan)...semua nak dibuatnyer..itu la ini la..berkokok ayam, maka berkokok la dia...abah aku pulak bagi arahan jer...hehehe..dan dah menjadi adat keluarga aku bila kami anak beranak berkumpul, maka jiran tetangga akan memberi penghormatan dengan mengunci mulut mendengar suara2 kami coz...suara kami jer yang dengar start dari celik biji mata n diam bila semua dah berdengkur..padahal..anak2 jiran tetangga aku pun balik kg gak...nak plan masak apa untuk raya jer 1 felcra dah dengar...mak sibuk nak wat dodol, abah plak sibuk ngan lauk raya dia la...yang kitaorng pulak sibuk ngan durian jer...hahaha...

ha..ni dia..ada gaya x??? sebenornyer..teman nyebok jer...mak jer yang bertungkus lumus 3 jam ngacau dodol tu...habis citer dodol..citer pasal lauk tengahari pulak...
menu tengahari sup tulang yang khas dari chef tajul...hehehe...abg ipar aku yang sorang nimemeng terer bab2 sup ni...power giler...lepas jer buat perbincangan nak masak apa abah aku terus jer g pasar beli tulang 3 kilo...so yang mana x der kejer tu tlg2 la chef masak sup...aku tolong makan jer....hehehe...
Dalam sibuk2 diorang masak-memasak...terjerit2 jiran depan umah aku panggil mak aku gtau doyan dah yg ktorg oder tu dah ada...ambik ko..rm30 jer tapi 1 kereta sorong tu dia anto...adoi.. banyak giler....puas makan...kalau kat sini besar kepala anak aku jer dah rm5 sebiji....apa lagi..x kira dah panas terik ker...balun doyan dulu sebelum makan nasi...sedap giler...nasib baik sihat walafiat...

so..korang layan jer la gambo2 ni...kepada yang raya kat bandar tu...jangan jeles ha...(ate idak ker hangit 1 blok tu bl pak haron bako lemang bawah blok)...hehehe



Wednesday, November 25, 2009

salam aidiladha..



Hari ni last aku kejer, coz sok dah start cuti utk raya haji....tp x boleh gak blk kampung malam ni...bengang jer kan...laki aku kena kejer lak...susah tul dapat laki workaholic ni...(T..ada cerita disebalik ksh balik kg ni...cam ari tu gak....sedih tau)..apa2 pun x kisah la janji dapat balik kampung kan...untuk korang semua aku nak ucapkan selama menyambut hari raya aidiladha.....


Sekarang kampung aku tgh musim doyan, so aku x sabar nak balik kg makan buah doyan...utk "orang yang raya kat shah alam, cium bau jer...hahaha)". Ayang,chepah,n yati korang tengok ambik la replika buah doyan yang ada kat kg aku ni ha buat tatapan korang...nak makan doyan jom balik kg aku...hehehe...(mcm ada dusun...harap dusun org jiran tetangga jer aku ni...hahaha)

Tuesday, November 24, 2009

ceritera bahagia....



17hb november 2009, sorang lagi kawan aku dah selamat menjadi seorang ibu...hahaha...mek no selamat melahirkan baby boy seberat 2.9kg (klu x salah aku la) yang diberi nama Muhammad Aqif Khairi...adoi...smua dapat anak laki jer ni..bl korang nak dapat baby pompuan lak...boleh kt berbesan....apapun tahniah mek...ko dulu yang macam budak2, dan paling kecik antara kami...last2 ko sekarang dah ada baby...x caya aku....hehehe....(gambar ni aku curi kat umah ayang..tq ayang)


21hb November 2009, sorang lagi kawan aku dah selamat menjadi suri hati azlan...welcome to the married club....firstly, sorry emma aku x dapat hadir majlis ko...jangan merajuk2 tau...ktorg x datang x semestinyer ktorg x igt kat ko....apa2pun nasihat aku semoga tabah dan sabar bila berjauhan...ko kena paham tugas abang ko nak menjaga keamanan negara ni...hehehe....

Selamat pengantin baru semoga kekal keanak cucu aku ucapkan buat emma dan suami....panjang umur kita jumpa...insyaallah....

Friday, November 20, 2009

Moh kiter wei!!!


Jom ramai2 meriahkan lagi pesta buku alaf21...dekat jer ngan umah aku...ajak kawan2 ramai2 k....aku tolong promosi jer...kirim mengirim dialu-alukan....hahaha...

Tahniah!!


Semalam dah announce result UPSR...so tahniah pada adik2 yang berjaya....Ni aku nak ucapkan

tahniah pada anak arwah abang aku...NURUL FARAH AINI BINTI NORAZMI(selendang grey)...kira ok la tu dapat 3A 2B....sama cam den dolu2 jo...hehehe..dolu2 den ni pandai tp bilo bosar mengong tu lobih ckit....hehehe....seperti yang dijanjikan....1A rm10 kan...(tp bukan makcik kan..acik yang janji kan...)tgg.....(tp mintak kat acik tau...).Budak nurul ni masyaallah...pompuan tp sekali pandang...cam laki da...adoi...boleh g lepak tgk bola kat kedai mamak lagi...hehehe...xper...janji ko seimbangkan main ngan study...jersi MU baru pun makcik boleh belikan...hahaha..(tp siam punya ...boleh???).


P/s:buat along FAEZ, jawab SPM ni elok2...buat yang terbaik...igt ko anak sulung harapan ibu ayah..so buat yang terbaik...jgn asyik dengan band indie ko jer...

Wednesday, November 18, 2009

Setinggan to Kondo...episode 1

Akhirnya...ni la hasil ubah suai umah aku....x payah masuk deco..deco...deco...contest tau..
Walaupun curi2 buat....x dapat CF dari company aku...aku x heran.....depa jeles la tu....
hahaha....Sejuk ati aku tgk umah aku ni...Hr ni aku nak kasi hadiah buat kawan2 aku yang banyak tolong aku dalam menghasilkan umah aku ni...hahaha.....

Ayang...teruskan usaha ko yer.....tbalik lak kan...anak murid lagi terer...aku yakin ko boleh...caiyuk!!caiyuk!! ambk kucing ni jg dia, bg makan tau....hilangkan tension ko...hehehe...Tp , ko memang best la yang...tq la coz sanggup jadi cikgu aku....hahaha...online jer kan...bp yuran sebulan cikgu?????


Che pah..che pah....ko plak...jenuh aku suruh ko follow umah
aku ngan ayang...tp ko x dapat2...adoi...ponin palo den...nasib baik jauh...kt JB kalau ko dekat dah lama aku "dush" sekali kasi mati....hahaha...jangan marah yer....nah ambk okid yang aku curi dari umah kak cute....jangan lupa siram....

Yati...aku bila sebut jer nama ko aku jadi sedih...kita sama2 kongsi suka duka....ko banyak bagi nasihat kat aku...cuma aku terkilan sikit jer bila aku x tau yang ko ada masalah besar....yang aku tau dari orang lain....x pe la benda dah lepas...jangan dikenang2 kan??? Nanti aku try intai2 kot2 ada yang single mangle lg yer boleh buat teman hidup ko....hehehe....dah jangan sedih2...ambik cakcibor, jaga elok2...anggap cam anak ko....hehehe...
adios semua...
P/S: sok aku cuti tau tp jgn g tau bos aku yer..aku x apply pn aku ambik emergency jer....hehehe


Tuesday, November 17, 2009

In LOVE +_+


Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta

Ku tak tahu mengapa
Tiba-tiba sahaja
Di dalam hati ini
sering rindu padamu
Ingin kumeluahkan, tak berdaya

Ku tahu engkau jua
Sangat sayang padaku
Kaupun sering merindu
Bila tidak bertemu ternyata kau dan aku
Punya rasa...

Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu
Dan tiba-tiba kita jatuh cinta
Ini semua sudah suratan ilahi
Dan kita harus tabah hadapi kenyataan
Biar...
apapun terjadiAku...harap engkau tabah...
Menerimaku sebagai teman barumu
Semoga kita saling sayang, bahagia...

Usahlah engkau pergi
Semadi di hatiku
Masih menyayangimu, oh sayangku...
Bila sehari tak jumpa, aku rindu...

Florist Blogger Template - BTemplates

wei...kawan2 smua...tolong aku...aku nk wallpaper ni...
tolong selesaikan masalah aku.....aku x tau nk wei....
hehehe......camner nk donlod ha???

Monday, November 16, 2009


wah umah aku dah jd la....bgs la contractor jkr merangkap cikgu aku ni....ayg jasamu ku kenang....dah lama aku idamkan umah ni....hehehe....suka giler aku...jakun pn ada...hahaha....

time kasih cikgu...nk hadiah tgg hari guru nanti yer....jgn marah cikgu....sok sambung g class ok...

(cikgu aku g class nari ngan cikgu linda jasmin la plak....hehehe)

Yati...jgn jeles...dah jd aku punya umah ni....nampak cam setinggan tp aku akan berusaha upgrade jd kondo ko....hehehe...xpe aku pn mengong gak....kt belajo sm2 yerk....hehehe....

che pah nah tgk umah aku...nnt aku nk korek ckt dinding umah ko nk wat tampal2 kat umah aku....hehehe...jgn marah yerk...klu aku byk tanya nanti....ok la...utk smua my pren.... selamat menjelajah teratak aku ni yerrkk....adios...sayang korang...

;;